SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH SMJK CHUNG HWA, KLANG. BLOG INI MEMAPARKAN TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK AJK PPDa SAMA ADA DI PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN JUGA NEGERI. BLOG INI JUGA ADALAH SEBAGAI PERKONGSIAN MAKLUMAT KEPADA PEMBACA. TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA.

Khamis, 11 Ogos 2011

Akta Hidu Gam



Gejala Hidu gam merupakan antara salah satu cara penagihan. Mengikut senario gejala ini, remaja sekolah merupakan antara penggemar hidu gam.

Gam bukan sejenis dadah sebaliknya hanya bahan "beracun" berbahaya dan boleh merosakkan tubuh badan seseorang dan jika dibiarkan ia boleh merosakkan otak.

Walaupun ianya bukan sejenis dadah, namun kesan sampingan daripada gejala hidu gam ini boleh merosakkan kesihatan dan otak penggunanya. Oleh yang demikian, pihak AADK berusaha menangani gejala ini dengan mengusulkam kertas cadangan kepada kerajaan bagi menguatkuasakan akta menghidu gam

" KAMI BENCI DADAH "

Rabu, 10 Ogos 2011

perasmian karnival anti dadah 2011

Pada tahun 2011, AJK PPDa telah merancang melaksanakan Karnival Anti Dadah di mana karnival ini bermula pada bulan April - September.

Perasmian karnival ini telah dirasmikan oleh tuan pengetua, En. Tah Ah Wat di dataran perhimpunan untuk sesi pagi dan dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang, Pn. Yee Nyok Yin untuk sesi petang. Antara aktiviti yang dirancang sepanjang karnival ialah Ceramah Anti Dadah daripada pihak AADK, Pertandingan Merekacipta Penanda Buku, Pertandingan Melukis Poster, Pameran AADK dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Klang, Program 5 Minit Anti Dadah dan sebagainya yang turut melibatkan keseluruhan pelajar sekolah.


Sedikit review majlis pelancaran atau perasmian Karnival Anti Dadah 2011 :


Pengerusi Majlis


Pengetua menurunkan tandatangan di "banner" sebagai tanda perasmian


Nyanyian Lagu Anti Dadah



Ikrar Anti Dadah





PERASMIAN SESI PETANG;

Pengerusi Majlis

Ucapan Penyelia Petang

Ikrar



Edaran Pamplet Karnival Anti Dadah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...