SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH SMJK CHUNG HWA, KLANG. BLOG INI MEMAPARKAN TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK AJK PPDa SAMA ADA DI PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN JUGA NEGERI. BLOG INI JUGA ADALAH SEBAGAI PERKONGSIAN MAKLUMAT KEPADA PEMBACA. TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA.

Khamis, 11 Ogos 2011

Akta Hidu Gam



Gejala Hidu gam merupakan antara salah satu cara penagihan. Mengikut senario gejala ini, remaja sekolah merupakan antara penggemar hidu gam.

Gam bukan sejenis dadah sebaliknya hanya bahan "beracun" berbahaya dan boleh merosakkan tubuh badan seseorang dan jika dibiarkan ia boleh merosakkan otak.

Walaupun ianya bukan sejenis dadah, namun kesan sampingan daripada gejala hidu gam ini boleh merosakkan kesihatan dan otak penggunanya. Oleh yang demikian, pihak AADK berusaha menangani gejala ini dengan mengusulkam kertas cadangan kepada kerajaan bagi menguatkuasakan akta menghidu gam

" KAMI BENCI DADAH "

Rabu, 10 Ogos 2011

perasmian karnival anti dadah 2011

Pada tahun 2011, AJK PPDa telah merancang melaksanakan Karnival Anti Dadah di mana karnival ini bermula pada bulan April - September.

Perasmian karnival ini telah dirasmikan oleh tuan pengetua, En. Tah Ah Wat di dataran perhimpunan untuk sesi pagi dan dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang, Pn. Yee Nyok Yin untuk sesi petang. Antara aktiviti yang dirancang sepanjang karnival ialah Ceramah Anti Dadah daripada pihak AADK, Pertandingan Merekacipta Penanda Buku, Pertandingan Melukis Poster, Pameran AADK dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Klang, Program 5 Minit Anti Dadah dan sebagainya yang turut melibatkan keseluruhan pelajar sekolah.


Sedikit review majlis pelancaran atau perasmian Karnival Anti Dadah 2011 :


Pengerusi Majlis


Pengetua menurunkan tandatangan di "banner" sebagai tanda perasmian


Nyanyian Lagu Anti Dadah



Ikrar Anti Dadah





PERASMIAN SESI PETANG;

Pengerusi Majlis

Ucapan Penyelia Petang

Ikrar



Edaran Pamplet Karnival Anti Dadah

Jumaat, 11 Mac 2011

Tema Anti Dadah 2011

Tema Anti Dadah Kebangsaan 2011 : 

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH 




 Tema Anti Dadah Negeri Selangor 2011 : 

 MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

Pamplet Pelancaran Karnival Anti Dadah

Pamplet dihasilkan untuk diedarkan kepada seluruh warga sekolah pada hari Pelancaran Karnival Anti Dadah Peringkat Sekolah. Pelancaran karnival anti dadah ini turut melibatkan pelajar SLAD dan juga PRS bagi membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. 

 


Pamplet ini dihasilkan oleh Pn. Yusmi Suhana Yusoff dan sumber diperolehi adalah melalui pamplet yang dibekalkan oleh AADK  daerah Klang dan diubahsuai mengikut kesesuaian. Dengan sebaran maklumat ini diharap ianya dapat membantu meningkatkan jati diri pelajar dan membantu pelajar berfikiran positif dan matang dalam membuat keputusan

Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2011

Penasihat  : En. Tan Ah Wat (Pengetua)

 Pengerusi : Pn. Tan Siew Kheng (PK HEM)

Naib Pengerusi : En. Lee Choon Bok (PK Kokurikulum)
                          Pn. Yee Nyok Yin (PK Petang)

Setiausah : Pn. Lim Soo Kiam (GBKSM)

Ahli Jawatankuasa :
Pengurusan Dan Kepimpinan : Pn. Lim Soo Kiam
Aktiviti Kokurikulum             : Pn. Siti Nurlinda bt Ghazali
Aktiviti Seni PPda                 : Pn. Marzeeta bt Mazelan
Pembentukan Sahsiah           : Pn. Loh Shin Wei
                                              Pn. Yusmi Suhana bt Yusoff
                                              Pn. Lim Soo Kiam

Perasmian Minggu Anti Dadah 2010

Pada 2 hingga 6 Ogos 2010 yang lalu, Sekolah ini telah mengadakan Minggu Anti Dadah. Objektif bagi melaksanakan aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah, seks rambang dan cara mencegah diri daripada terjerumus ke kancah tersebut. Disepanjang minggu tersebut, keseluruhan aktiviti melibatkan semua pelajar dan warga sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu tersebut ialah:
 1. 5 Minit anti Dadah : menerangkan tentang bahaya dadah dan kesannya, menerangkan cara mengelakkan      diri   daripada menjadi keldai dadah, dan juga tanda-tanda seseorang yg berkemungkinan menagih dadah.

2. Ceramah Anti Dadah : Ceramah yg disampaikan oleh Penceramah daripada Rumah Victory (Pusat pemulihan dadah-swasta). Ceramah oleh Pn.lim Soo Kiam (kaunselor sekolah) tentang kesan dadah dan motivasi meningkatkan jati diri dan mengurus tekanan.

3. Pertandingan Melukis Poster : melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. 

4. Pameran Anti Dadah : daripada AADK daerah Klang. 

 Perasmian Minggu Anti Dadah ini juga dilaksanakan dengan penuh simbolik. bagi sesi pagi, Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan sesi petang dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang disaksikan oleh semua pelajar dan guru. Antara gambar-gambar yang diambil semasa perasmian di sesi petang :  
 
  
 
 
 


 


 







Khamis, 10 Mac 2011

Pertandingan Poster PPDa

Pada bulan Jun 2010, pertandingan poster telah dipertandingkan sebagai salah satu aktiviti Minggu Anti Dadah. Pertandingan ini melibatkan semua pelajar sesi petang  iaitu pelajar tingkatan satu, dan tingkatan dua sahaja. Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam pelajar dan pelajar yang memenangi pertandingan ini akan menjadi calon untuk pertandingan Poster PPDa peringkat daerah Klang. Pemenang dinilai oleh hakim yang dilantik yang terdiri daripada guru-guru pendidikan seni sesi petang mengikut syarat-syarat pertandingan poster peringkat daerah. Pemenang dipilih berdasarkan kategori yang dipertandingkan iaitu :


TINGKATAN 2 :

  
Tempat Pertama 



     
Tempat Kedua 


  
Tempat Ketiga 




TINGKATAN SATU : 

 
Tempat Pertama



 
Tempat Kedua 



 
Tempat Ketiga


Sudut PPDa

Sudut Pendidikan dan Pencegahan Dadah ini dibina bermula pada Jun 2010. Kami berserta AJK PPDa masih berusaha untuk meningkatkan lagi sudut PPDa kami ini. Sudut Ini sekurang-kurangnya memberi manfaat kepada para pelajar bagi mendapat maklumat tentang bahaya dan kesan dadah. Di sudut ini juga diletakkan brosur, pamplet, poster dan pelbagai lagi sebagai sumber maklumat kepada pelajar tentang bahaya dadah.

 



 


 



 



Rabu, 9 Mac 2011

VISI DAN MISI PPDA

VISI 

Sekolah Bebas Dadah 2012


MISI

Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek kepimpinan, kokurikulum, kurikulum dan pembangunan sahsiah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...