SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH SMJK CHUNG HWA, KLANG. BLOG INI MEMAPARKAN TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK AJK PPDa SAMA ADA DI PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN JUGA NEGERI. BLOG INI JUGA ADALAH SEBAGAI PERKONGSIAN MAKLUMAT KEPADA PEMBACA. TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA.

Jumaat, 11 Mac 2011

Perasmian Minggu Anti Dadah 2010

Pada 2 hingga 6 Ogos 2010 yang lalu, Sekolah ini telah mengadakan Minggu Anti Dadah. Objektif bagi melaksanakan aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah, seks rambang dan cara mencegah diri daripada terjerumus ke kancah tersebut. Disepanjang minggu tersebut, keseluruhan aktiviti melibatkan semua pelajar dan warga sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu tersebut ialah:
 1. 5 Minit anti Dadah : menerangkan tentang bahaya dadah dan kesannya, menerangkan cara mengelakkan      diri   daripada menjadi keldai dadah, dan juga tanda-tanda seseorang yg berkemungkinan menagih dadah.

2. Ceramah Anti Dadah : Ceramah yg disampaikan oleh Penceramah daripada Rumah Victory (Pusat pemulihan dadah-swasta). Ceramah oleh Pn.lim Soo Kiam (kaunselor sekolah) tentang kesan dadah dan motivasi meningkatkan jati diri dan mengurus tekanan.

3. Pertandingan Melukis Poster : melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. 

4. Pameran Anti Dadah : daripada AADK daerah Klang. 

 Perasmian Minggu Anti Dadah ini juga dilaksanakan dengan penuh simbolik. bagi sesi pagi, Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan sesi petang dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang disaksikan oleh semua pelajar dan guru. Antara gambar-gambar yang diambil semasa perasmian di sesi petang :  
 
  
 
 
 


 


 







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...